Saturday, August 13, 2011

Yang Aku perasan~

kalau korang2 perasan,
blog2 org famous ni die ada template dia sendiri tahu.
yang aku perasankan
template dorang ni tak ada colour pun.
cube korang check sikit blog2 dorang
contohnya maria elena punya blog and hanis zalikha of kos
blog dorang ni satu colour je.
iaitu putih.
memang stail blog famous camtu ke?
atau memang dorang da pakat tak nak letak warna dalam blog dorang ni.
aku terperasan pasal hal itu.
kalau blog yang tak berapa nak famous ni
kemain dorang letak berwarna warni di hari raya.
hahah.
ntahla.
masing2 punya cara kan.
susahla kalau nak ikut orang ni. tetapkan pendirian sudah.

Monday, August 8, 2011

Sebelum dan Selepas~



maybe aku lambat,
maybe ada orang dah lama tahu.
tapi aku baru tahu okay.
so aku nak share kat sini pasal info yang aku tahu ni.
okay itu mukadimah.
seterusnya isi tajuk utama hari ni.
cube saksikan gambar sebelum dan selepas ini.


yang perempuan selepas surgery , yang lelaki sebelum.

cun tak bile da jadi perempuan.haha
okay mari aku perkenalkan orang diatas ni.
mesti korang nak tahu kan.
nama beliau adalah Harisu atau Lee kyung eun.
lahir kat korea. Beliau ni adalah penyanyi , pelakon dan juga model.
tapi selepas tukar jantina la. masa lelaki tak tahu pulak dia ni
jadi apa.sambung..
dia ni sanggup pergi japan untuk tukar jantina dan pyhsical diri
dia kepada perempuan.
katanya dia memang bernaluri perempuan dan suka kepada lelaki.
apa2 jelah.
yang penting lepas dia dah buat transeksual tu.
sekarang die semakin hot meletup.
badan hot kalah perempuan okay.
ni ada sedikit juadah berbuka untuk mata anda.




okay nilai sendiri cun ke tak cun beliau nih.
dan yang paling penting adalah.
dia sudah pon berkahwin okay.
dengan seorang LELAKI.
haha. aku pun tak tahu la lelaki tu gay ke apa.
or dia memang menerima seadanya di seorang ni.
dan mereka sekarang bahagia.

bahagia bukan?


aku menulis pasal hal ini hanyalah kerana
aku pelik melihat muka die yang sangat cantik
dan dia boleh berjaya walaupun sudah pecah tembelang
dia tu lelaki.
punyalah tebal muka diakan tahan malu.
siap boleh kahwin lagi. hebat.
adei.
dunia oh dunia.



Saturday, August 6, 2011

Kalah Artis~

nowadays (cewah)
kalau korang cube2 tengok kat laman2 web
gosip korang akan tahu betapa femesnye
kisah putus tunang si pemain bola sepak dengan blogger tu.
kalo korang bukak satu website femes dengan gosip2
artis ni, kisah dorang memang banyak sangat2.
macam artis lain dah tak wujud kat malaysia ni.

mesti korang tahu siapakan.
tak susah pon.
even kawan2 aku kat ofis tergelak disebabkan satu gambar pemain
bola sepak ni ada bayangan perempuan kat spek mata die tu
pon jadi isu jugak.
entah2 gambar adik ke kawan ke boleh jadi jugak yang tak kenal pon ye jugak.
betul kan.

tapi inilah yang susah jadi artis ni
semua yang kau buat semua orang tahu.
tak ke malu ea cerita putus tunang jadi hot story and sampai jadi
cover page suratkhabar lagi.
ni cerita ni makin complicated sampai ex2 segala ex keluar
dan si wartawan ni memang dah kerja merekakan korek2 cerita
ni pun dapat la tahu.
dah satu malaysia tahu lagi. kali ni ex pulak.

dah putus tunang tu diam2 jela.
kau tak malu keluarga pun tak malu.
apa2 hal pun simpan sendiri je la
tak payah la sampai tiada jalan penyelesaian.
sebetulnya, makin lama kes ni makin banyak la terdedahnya
pekung didada kan. nanti lagi malu.




p/s: aku harap nasib aku bukan seperti ni

we are~

we are human
and
human are not perfect.

Monday, August 1, 2011

Sebenarnya~

aku rasa aku duduk KL.
diulang KL.
aku wat latihan industri pun kat KL.
Diulang lagi KL.
so bahagian mana yang aku pelik adalah.
aku pergi kerja naik train dan kereta.
kereta sebab dari rumah pegi train takde kenderaan.
so naik la kereta.
sepatutnya amek masa 15 minit je. SEBENARNYA OKE.
tapi disebabkan jem nak mampos,
aku amek 1/2 jam nak sampai kat train.
pastu aku banned KTM tahu. sebab suke delay.
hampeh walupon singgit je kalo aku naik tu.
tapi aku naik LRT dan PUTRA supaya aku tak terlambat
smpai opis.
sebenarnye dekat je aku rase. SEBENARNYA OKE.
tapi pehal hari ni aku balik aku amek masa 1 jam setengah.
hah?
kenapa?
orang lain dah boleh rehat-rehat. aku duk dalam kereta lagi.
tekan break je kerja.
walaupon SEBENARNYA sekejap saja, tapi aku tetap balik
LAMBAT.

pfttt.
sekian.

Dah 3 Minggu~

sebenarnye saja nak beritahu.
aku dah buat latihan industri selama 3 minggu dah.
aku tak salah pilih company
dan aku suke bekerja kat situ.
yang penting staff member kat department aku sangat best.
aku tak tahu , aku tanye, dorang tolong.
bukan tolong tak ikhlas tahu.
sangat ikhlas.
sekepala pon ye jugak.
bos pon leh tahan gila walaupon strict.

apa2 pon.
buat masa ni takde masalah lagi.
so
kesimpulannya entri aku kali ni,
keje kat tempat aku LI sekarang adalah best.
sekian.

Wednesday, July 27, 2011

Manusia~

Manusia
Biasalah bila dah senang lupa segala-segalanya
Lupa siapa selalu bagi sokongan bila masa tiada siapa yang kenal
lupa siapa sanggup menerima semasa tiada orang tahu
kewujudan dia.

Bila dah senang tinggalkan terus
berubah mengikut dunia
tanpa sedar
dia sudah alpa dan hilang diri
dalam dunia yang fana

manusia mudah lupa.

Saturday, July 16, 2011

1 hari lagi~

tinggal lagi sehari je nak isnin dah
sangat menakutkan.
bermulalah kehidupan baru sebagai pekerja.
kenapa nervous sangat ni pun tak tahu la.
mungkin pengalaman pertama merasa saat ini.
hope everything gonna be fine.
i wish.


p/s: kene bangun pepagi dah sekarang. haih.

Friday, July 15, 2011

Love Harry Potter Love Severus Snape~



mengikut kepada tajuk entry..
terang-terang la aku dah pergi tengok cerita ni..
aku tengok 2d je..sebab aku rasa 3d pon cam bese gak..
well.. 1stly, aku dah baca buku dia dulu..
so, aku memang mengharap yang kali ini, semua babak penting
yang dalam buku tu semua ada, tak macam Half Blood Prince..
aku keciwa sedikit dengan movie ke enam tu..

berbalik pada Harry Potter part 2 ni..
its TOTALLY AWESOME!!
aku sangat-sangat puas ati..
dalam cerita ni da kurang love story, dia banyak action je semua..
dan kalau korang teringin nak tengok muka Voldermort risau..
dalam Part 2 ni la banyak muka Voldermort keluar dan banyak reaksi..

dalam cerita ni juga, walaupun aku dah tahu jalan cerita..
tapi bila aku tengok movie ni..aku masih boleh menangis..
sampaikan my love one said that i pelik. kekeke
memang touching gila la bila bab severus snape..
dan korang mesti akan sayang dia lepas korang tengok cerita ni..
sayangnya dia kepada Harry..woouu sangat menyentuh hati..keke

dari ranking 10, aku yang tak pernah miss satu pon cerita Harry ni,
aku bagi 10/10..bukan sbb aku berat sebelah..tetapi mmg cerita ni
deserve it..totally..
banyak babak2 best.. babak snape, babak harry dengan Voldermot lawan..
pheww mantap..
babak di mana semua orang jadi hero.. memang best..
ada juga part-part yang kelakar dalam serius..
yang penting korang kena tengok sendiri.. sebab sangat awesomeee..
but pastikan korang tengok Part 1 dulu kang terpinga2..
sebab dia terus sambung je..takde flash back balik yang part 1 tuh..
neway pergilah tengok..memang berbaloi..
ehehe..dan aku.. akan tengok untuk kali kedua , ketiga.. selagi
aku rasa nak tengok..
ni pon da rindu kat cerita ni..huwaa


rindu sudah , nak tengok dorang lagi

Wednesday, July 13, 2011

Kisah Budak Ini~

aku nak cerita sikit pasal budak-budak nih.
dorang ni aku kenal time aku amek kelas COMPTIA A+ dulu.
kalau tak kerana kelas nih, aku rasa sampai kesudah aku
takkan kenal mamat-mamat nih.

okey, permulaan cerita die senang je.
semua bermula dari seorang speckie ni. hihihi (jgn marah bobok)
Kitaorang kenal dari rumate tersayang aku, mimi.
dorang satu kelas.
sbb kitaorang boleh kenal adalah kerana cerita korea.
kalo nak tau ape tu (kot kot la korang tak tahu) contohnye macam
variety shows, drama series, lagu-lagu sume oleh Kpop bukan Mpop
hokeyss..
back to topic..
nama budak ni adalah Ahmad Fariz (promote sikit).. nama lain adalah
boboy atau bobok..(orangnye ensem)
die minat korea dulu tapi tak tahu sumber nak dapatkan..so aku
pon bagi la koleksi2 aku..last-last mintak lagi..
dalam kelas malu nak tegur konon..(muntah) tapi last datang jugak kat aku
then tanya memacam pasal kpop ni.kekeke
terus sampai sekarang kitaorang jadi rapat dan sentiasa bertukar-tukar koleksi.
thanks Bobok!

dan dari beliau la, aku kenal pulak budak ni nama die Ali nama sedap die
Ali Arsyad. haha. Beliau pon gila kpop juga. Beliau suke mendonlod series..
so siapa-siapa nak series korea mintak kat dia. Dan aku adalah orang
yang paling gembira sebab ada sumber. keke Thanks Ali banyak kasi
aku ni koleksi-koleksi kau. (nanti kasi lagi)

dan dari Bobok dan Ali la.. cerita-cerita yang aku kasi kat dorang tersebar
kat semua member-member diorang yang lain..
pastu salahkan aku kata aku pembawak virus korea (Hahaha jangan marah)
dan seterusnya aku kenal la Aidil , nash , Epi dan lain-lain lagi (ada lagi ke eh)
semua disebabkan Korean Pop nih. Thanks Kpop.
hakhakhak.

neway thanks korang sebab selalu tolong aku dan sentiasa share
koleksi memasing. hehe