Wednesday, July 13, 2011

Kisah Budak Ini~

aku nak cerita sikit pasal budak-budak nih.
dorang ni aku kenal time aku amek kelas COMPTIA A+ dulu.
kalau tak kerana kelas nih, aku rasa sampai kesudah aku
takkan kenal mamat-mamat nih.

okey, permulaan cerita die senang je.
semua bermula dari seorang speckie ni. hihihi (jgn marah bobok)
Kitaorang kenal dari rumate tersayang aku, mimi.
dorang satu kelas.
sbb kitaorang boleh kenal adalah kerana cerita korea.
kalo nak tau ape tu (kot kot la korang tak tahu) contohnye macam
variety shows, drama series, lagu-lagu sume oleh Kpop bukan Mpop
hokeyss..
back to topic..
nama budak ni adalah Ahmad Fariz (promote sikit).. nama lain adalah
boboy atau bobok..(orangnye ensem)
die minat korea dulu tapi tak tahu sumber nak dapatkan..so aku
pon bagi la koleksi2 aku..last-last mintak lagi..
dalam kelas malu nak tegur konon..(muntah) tapi last datang jugak kat aku
then tanya memacam pasal kpop ni.kekeke
terus sampai sekarang kitaorang jadi rapat dan sentiasa bertukar-tukar koleksi.
thanks Bobok!

dan dari beliau la, aku kenal pulak budak ni nama die Ali nama sedap die
Ali Arsyad. haha. Beliau pon gila kpop juga. Beliau suke mendonlod series..
so siapa-siapa nak series korea mintak kat dia. Dan aku adalah orang
yang paling gembira sebab ada sumber. keke Thanks Ali banyak kasi
aku ni koleksi-koleksi kau. (nanti kasi lagi)

dan dari Bobok dan Ali la.. cerita-cerita yang aku kasi kat dorang tersebar
kat semua member-member diorang yang lain..
pastu salahkan aku kata aku pembawak virus korea (Hahaha jangan marah)
dan seterusnya aku kenal la Aidil , nash , Epi dan lain-lain lagi (ada lagi ke eh)
semua disebabkan Korean Pop nih. Thanks Kpop.
hakhakhak.

neway thanks korang sebab selalu tolong aku dan sentiasa share
koleksi memasing. hehe

Tuesday, July 12, 2011

A Whole New World~

cam tajuk lagukan..
lagu a whole new world dari cerita alladin tu.
kehkeh..
ape aku merepek ni..

yang penting tanggal 18 july ni dah kene menjalani
hidup sebagai pekerja..
walaupon masih budak praktikal tapi still bekerjakan..
cuak plak bile pikir nk masuk tempat baru nih..

Ape-ape pun yang penting..
kita senyum aje..


Monday, July 11, 2011

Help Me!~

sebenarnya aku pening ngan background blog aku sendiri
aku tengah mencari background yang lebih nampak simple
tetapi menarik.
so background2 yg sebelum ni hanya sementara sahaja
sebab tu korang akan selalu tangok background aku berubah
sebab aku tengah proses mencari..
sesape yang tahu ade background tuk blog lelawa..
tlg gtau eyk..

the end

p/s: haha aku amek ni pon sebab comel ayam tu

Tamat~

tamatla aku belajar degree..
walaupun bukan la dah abes terus..tp sekarang aku dah tak payah
jumpe assigment, final project, exam , quiz and paling penting Project Sarjana Muda..
Akhirnye setelah beberapa lame setel juga PSM aku nih..
dah selesai pon perkara besar..
tggal latihan industri sahaja..
kemudian akan melangkah la ke alam pekerjaan..
inilah kali pertama aku nk merasai alam pekerjaan..
selama ni tidak ada masa untuk bekerja langsung..
dan aku akan pilih jalan paling bawah dahulu sbelum sampai ke puncak..

dan pastinya aku akan rasa janggal kali ini..
kerana tiada lagi kentensenan bergelar pelajar..
tetapi kita sedia maklum bahawa waktu belajar itulah paling indah dalam hidup kita..
tak perlu pikir apa2..hanya pikir belajar sahaja..
tapi sekarang kita perlu memikirkan semua hal..
termasuklah hal remeh temeh..
sekarang perlu menjadi lebih dewasa daripada dewasa..

aku bahagia, kerana sudah selesai segalanya hanya tinggal
latihan indutri sahaja..
segala penat lelah aku selama 6 tahun aku belajar ..
aku harap aku dapat aplikasikannya di dunia nyata..
inilah yang ku ingin capai..
dan aku harap aku dapat capainya..

Saturday, July 9, 2011

Pertemuan, persahabatan , perpisahan~

siapa sangka.. masa dulu aku dengan dia bukan sekepala.
die dengan geng dia, aku dengan geng aku.
bila di UTEM, semua jadi laen.
yang bukan rapat menjadi sangat rapat.
yang bukan sekepala suatu masa dulu , jadi sahabat yang amat memahami
perangai masing-masing. Indah bukan. *senyum sendiri*

siapa sangka, dia yang kami pernah mengata,
kerana rupa parasnya sangat kemelayuan,
bulan puasa dia tidak berpuasa, hahaha
sebenarnya dia bukan melayu.
tetapi tetap warganegara Malaysia.
rapat dalam tempoh waktu yang singkat,kerana baik budi pekertinya..
bertiga kehulur kehilir.. melakukan semua kerja..
bukan setakat indah tetapi sangat indah.

Dia yang mulanya sangat susah untuk difahami,
tetapi hati budinya yang sangat setia terhadap kawan.
dia sangat disenangi. awal-awal kita bertemu..
janggal itu tidak ada. sentiasa bersama. sehingga tempoh 3 tahun
sudah mencukupi. Terima kasih kerana sangat memahami perangai diri
ini yang pendiam dan suka buat hal sendiri. kita sebilik sentiasa. kini..
kamu bakal hidup dengan orang lain. sentiasalah menjadi diri sendiri
kerana itulah yang terbaik.

Dia yang mulanya hanya rapat seperti biasa sahaja,
kerana keselesaan kami, dia juga bersatu.
menjadikan sekawan ini sangat saling membantu.
biar apa orang nak kata. asalkan kita tahu siapa diri kita. betulkan..
gelak tawanya yg sangat unik dan bersungguh-sungguh pasti diingati.


Dia juga, yang dahulunya tidak pernah mengenali,
tetapi disebabkan dia seorang yang ramah...
kami selesa bersama-sama dalam satu rumah.
sebenarnya adik tetapi kerana personalitinya..
dia sperti kakak antara kami. suaranya yang nyaring sangat garang tetapi
hatinya ada taman bak kata Shaheizy Sam dalam filem adnan sempit.
sangat gembira bila kita bersama2..saat yg indah juga.

pertemuaan itu suatu permulaan, persahabatan itu suatu keindahan,
perpisahan itu bukanlah pengakhiran.


p/s: sebenarnya aku pon tak tahu kenapa aku tulis gaya cmni. hahahhah tahan la muntah2 korg yg terkuar tu eyk.

Tuesday, June 28, 2011

Monday, June 27, 2011

Gloomy~

a very gloomy day for me
why?
i have no idea.
maybe i'm just tired.
or
maybe life is so boring.
with all things need to finish up
everything with the word PSM II
i just wish this day
doesn't happen again.
i just wish all the simple thing comes
and the smile will appear

p/s : such a gloomy mood.

Just A Simple Updates~


credit to Mr Google.


Wednesday, June 15, 2011

Akhirnya~

akhirnya betul kata2 yang aku pgg ni..

" Kalau kita tak dapat maknanya belom ada rezeki. itu bermakna Allah hendak menguji "

aku tau kata2 ini benar dan terbukti..
apabila aku mencari tempat untuk latihan industri..
aku beria nak LI bulan 7 .. tak nak bulan 9..
hantar resume awal2..
cari awal2.. kat jobstreet , google dan sebagainya..
tapi hampa..
kebanyakkan company tak nak respon pon..
ada satu dua je la yang rajin nk respon..
sampaikan dah nak dekat due date dah ni..
tuk hantar kat fakulti..
masih takda sebarang jawapan..
akhirnya.. semua rasa mengalah.. pilih juga untuk bulan 9..

tapi.. Allah itu maha adilkan..
setelah lama bersabar.. akhirnya..
Allah bukakan pintu rezeki aku dan juga kengkawan..
setiap orang dah dapat tempat untuk LI..
yang paling best sekali..
kami semua LI bulan 7 bukan 9..
kuasa Allah takde sapa yang tahu...

kami sangat2 bersyukur..
sekarang sudah mula mengorak senyum..

*interview yg aku xperience mengalahkah org yang nak bekerja.. sangat dasyat.

Saturday, June 11, 2011

Jurang Mariana, kalah Gunung Everest okay~


okay..aku tetibe nak google sal jurang mariana ni..
pasal masa kita belajar geografi dulu..
jurang mariana ni femes tahu..
sbb die jurang paling dalam didunia..
tetibe aku rase nak pegi lak..
gile.. berenang pon tak pandai ada hati nak turun dalam cmtu..

oke, berbalik pada jurang ni tadi..
Jurang mariana ni takde la jauh sangat tau dari Malaysia
Jurang ini terletak di Lautan Pasifik,lebih tepat lagi,
di Timur Mindanao, Filipina.
Kedalamannya mencecah sehingga 11 kilometer dan jurang sepanjang 2550 kilometer
ni memiliki kelebaran sehingga 69 kilometer.

Kalau korang tengok Gunung Everest pulak,
Ketinggian die adalah 8 kilometer dari aras laut.
Maknanya, Jurang Mariana ni lagi dalam. Kalau naik Everest sampai ada yang mati,
bayangkan kalau ada kita turun ke dalam Jurang Mariana ni.
Tekanan mesti tinggi silap2 leh pecah oo kepala kita.

Tapi sedalam2 jurang ini, ada jugak hidupan laut tau hidup kat sini
hebatkan kuasa Pencipta kita ni.
Maknanya ada orang dah turun jurang ni untuk tangkap gambar2 hidupan
laut ni..
kenapa aku cakap macam ini. sebab aku google2 jumpa gambar hidupan
laut yang hidup kat dalam jurang Mariana ni..
Nak share sikit la.. tapi gambar je oke..pasal nama2 hidupan ni aku
tidak tahu..keke











Kalaulah korang perasankan.. betapa hebatnya kuasa Allah itu..
sehinggakan ada hidupan2 ini boleh bercahaya dalam gelap
bak kata omputehnye, 'Glow in the dark'..

The end

Pictures from Halaqah.net
Semua info ini telah diubahsuai oleh saya dari sumber Google.