Saturday, February 25, 2012

Nomophobia~

adakah anda nomophobia?
adakah?
adakah lagi sekali?
betul2 adakah anda nomophobia?

aku rasa hampir semua orang di dunia ni nomophobia.
apa itu nomophobia.. (macam nak bagi syarahan plak)
nomophobia adalah ketakutan yang dihidapi oleh seseorang itu apabila telefon bimbit tiada 
bersama mereka.
nampak simple, tapi kalau betul-betul kita lihat memang hampir semua manusia
ada mempunyai simptom-simptom nomophobia.
antara yang boleh kita lihat adalah seseorang itu akan berasa takut dan tidak selamat
apabila mereka hilang telefon bimbit, kehabisan wang untuk membeli kredit (haha),
kredit telah tinggal 0 sen, tiada coverage handphone dimana akan berbunyilah suara seperti
" weh, ceruk mana ni takde coverage langsung. sengal la tempat ni" <-- ada tak korang alami?
atau mungkin seperti ini
"b***, takde coverage,s*** la" <-- ni tahap paling extreme dimana mereka akan sentiasa
merengek dan membebel seperti meminta ditampar dan dipenerajang supaya mereka boleh diam.

ada tak korang alami perkara diatas?
ada kan..
 kalau tidak ada , jangan risau pastinya anda pernah mengalami keadaan seperti ini pula..
-tidur bersama handphone kadang sampai phone bawah badan pun bolehh.
-tidak pernah tinggalkan handphone kalau keluar dari rumah kalau tinggal sanggup patah balik untuk ambil walaupun waktu tu orang disebelah anda rasa macam nak kasi penampar sulung di pipi anda.
-tidak pernah matikan phone langsung. Yang ni suka hati korang la kan, korang punya handphone.

haha pastinya salah satu ni korang pernah buatkan. dan anda adalah salah seorang yang mengalami nomophobia. Aku nak share fakta sikit la..
perempuan dikalangan umur 18 hingga 24 tahun adalah majoriti mengalami nomophobia ni.
manakala lelaki kurang sedikit berbanding perempuan tetapi mereka lebih kepada mempunyai 2, 3 phone
untuk diri sendiri.

so ladies? macam mana? ada betui ka?

try to live without handphone for once.
adakah kita boleh?

1 Orang Mengarut:

duke hiruma said...

hanset ak ditinggalkn2.. xde sape nk kol.. klu sudi kol la.. keke xD