Sunday, May 20, 2012

si gemuk, si gemuk dan si gemuk

err siapa yang gemuk kuasa tiga ni.
meh, meh , meh
aku cerita.

perasan tak. (mesti korang tak perasan)
bukan semua orang kita selesa
mesti ada jugak seorang dua yang hadir dalam hidup kita
jadi kawan, tapi tak berkekalan.
kenapa?
rasa jengkel, tak selesa, dan bermacam-macam lagi.
bukan sebab tu sahaja, masa mula-mula tu adalah
percubaan sahaja. nak cuba rapat, mana tau best,
bila dah lama-lama meluat. selalukan kita alami.
tapi ada juga yang kita jumpa pertama kali kita tahu,
kita selesa dengan mereka. berkongsi macam-macam.
bergaduh lepas tu baik semula.semakin rapat.

aku,
aku ada dua sahabat yang aku tak pernah cerita lagi dalam blog ni
sahabat dari sekolah rendah lagi.
yang peliknya, masa sekolah rendah tu, semua berlainan arah.
masing-masing dengan geng sendiri. aku juga.
jumpa pun sekadar kerana naik bas sekolah yang sama.
kalau tidak memang tak kenal langsung. sedih betul.
tapi lama kelamaan, semakin kenal antara satu sama lain.
ini pun kerana bas sekolah jugak. masa pergi membuta bagai nak rak sebab kitaorang je yang bangun
awal2 sebab sekolah jauh. bila balik pulak, duduk atas rumput yang tak tahu
tahap kebersihannya, beli jajan , makan sama-sama.
sampai bulan puasa pun boleh terlupa, sebab dah selalu sangat rutin tu.

tapi yang bestnya, sekolah menengah kitaorg pergi sekolah yang sama
tapi seorang dari kawan aku ni, pergi sekolah agama, tak lama lepas tu
masuk balik sekolah pudu balik, sekelas dengan aku,
lepas pmr keluar balik pergi sekolah teknik, tak lama lepas tu,
masuk balik sekolah pudu sampai kesudah duduk je sekolah tu. haha
yang seorang lagi ni pulak, tak pernahnya sama kelas, tak pernah nak beramah mesra ngan aku
masa kat sekolah , tapi kewujudannya aku dah seorang lagi kawan aku tahu.
terutamanya bab kakinya yang lemah, perlu diusung seperti orang tua.

banyak betul kenangan.
dulu ramai, sekarang masing-masing ada hal sendiri.
tapi yang selalu melepak sama-sama, adalah kami bertiga.
sehingga sekarang, walupun dua orang dah kerja seorang lagi tengah
bertungkus lumus berlawan dengan degree. kami masih melepak bersama.
dah kenal perangai masing2, sakit hati macam mana pun, semua hilang kejap je.

aku,
aku harap persahabatan ni kekal sentiasa.
tak sabar nak tunggu mereka2 ni, naik pelamin, dapat anak,
seterusnya jadi tua bersama. haha

ada jugak rakan aku yang kenal dalam tempoh sekejap tapi sehingga sekarang
jarang jumpa, tapi masih rapat. mungkin kisah lain di entry lain.


kawan baik, tapi jarang ambik gambar, ada pun penuh pinggan mangkuk kat depan. -_-"


coretan
ayyu kamaz

Sunday, May 6, 2012

Kita Hanya Merancang

dah lama tak menconteng dekat blog ni
tiada masa?
bukan. cuma masa yang ada digunakan untuk perkara lain.
blog ni dilupakan. bukan lama pun sekejap je.
Blog tak reti merajukkan? hihi

nak bercerita tentang satu perkara.
aku memang suka on twitter walaupun aku tak tweet.
aku akan on jugak untuk tengok perkembangan terkini
kengkawan twitter.

korang kenal tak dengan dena bahrin.
dia jadi famous sebab video perihal engagement dia yang sangat sweet dan
menjadi punca cemburu dan juga keinginan gadis2 diluar sana.
sekarang ni dia dah pun kahwin dengan lelaki pilihan keluarga dia. dia bahagia.
okey. bukan nak cerita pasal dia.
cuma nak bercerita, ada yang inginkan kisah cinta mereka seperti dena.
kahwin dengan pilihan keluarga.
tapi rasanya tak ramai sanggup lakukan dengan apa yang mereka cakapkan tu.
kalaulah ada pun tak ramai. lebih ramai yang tak ingin hidup single.
sunyi katanya. akal tak sama dengan hati.
tak apalah itu semua doa, yang mungkin akan termakbul suatu hari nanti.

aku?
bagi aku , aku tak ingin kisah yang sama dengan dia. walaupun kisahnya sangat
sweet.
aku lebih berharap apa yang ada sekarang ni, akan kekal,
kekal selamanya. bersyukur dengan apa yang ada.
kisah yang simple tapi bermakna.

kita hanya merancang tapi Yang Esa menentukannya.