die dengan geng dia, aku dengan geng aku.
bila di UTEM, semua jadi laen.
yang bukan rapat menjadi sangat rapat.
yang bukan sekepala suatu masa dulu , jadi sahabat yang amat memahami
perangai masing-masing. Indah bukan. *senyum sendiri*
siapa sangka, dia yang kami pernah mengata,
kerana rupa parasnya sangat kemelayuan,
bulan puasa dia tidak berpuasa, hahaha
sebenarnya dia bukan melayu.
tetapi tetap warganegara Malaysia.
rapat dalam tempoh waktu yang singkat,kerana baik budi pekertinya..
bertiga kehulur kehilir.. melakukan semua kerja..
bukan setakat indah tetapi sangat indah.
Dia yang mulanya sangat susah untuk difahami,
tetapi hati budinya yang sangat setia terhadap kawan.
dia sangat disenangi. awal-awal kita bertemu..
janggal itu tidak ada. sentiasa bersama. sehingga tempoh 3 tahun
sudah mencukupi. Terima kasih kerana sangat memahami perangai diri
ini yang pendiam dan suka buat hal sendiri. kita sebilik sentiasa. kini..
kamu bakal hidup dengan orang lain. sentiasalah menjadi diri sendiri
kerana itulah yang terbaik.
Dia yang mulanya hanya rapat seperti biasa sahaja,
kerana keselesaan kami, dia juga bersatu.
menjadikan sekawan ini sangat saling membantu.
biar apa orang nak kata. asalkan kita tahu siapa diri kita. betulkan..
gelak tawanya yg sangat unik dan bersungguh-sungguh pasti diingati.
Dia juga, yang dahulunya tidak pernah mengenali,
tetapi disebabkan dia seorang yang ramah...
kami selesa bersama-sama dalam satu rumah.
sebenarnya adik tetapi kerana personalitinya..
dia sperti kakak antara kami. suaranya yang nyaring sangat garang tetapi
hatinya ada taman bak kata Shaheizy Sam dalam filem adnan sempit.
sangat gembira bila kita bersama2..saat yg indah juga.
pertemuaan itu suatu permulaan, persahabatan itu suatu keindahan,
perpisahan itu bukanlah pengakhiran.
p/s: sebenarnya aku pon tak tahu kenapa aku tulis gaya cmni. hahahhah tahan la muntah2 korg yg terkuar tu eyk.
0 Orang Mengarut:
Mari Mengarut