Saturday, February 25, 2012

Nomophobia~

adakah anda nomophobia?
adakah?
adakah lagi sekali?
betul2 adakah anda nomophobia?

aku rasa hampir semua orang di dunia ni nomophobia.
apa itu nomophobia.. (macam nak bagi syarahan plak)
nomophobia adalah ketakutan yang dihidapi oleh seseorang itu apabila telefon bimbit tiada 
bersama mereka.
nampak simple, tapi kalau betul-betul kita lihat memang hampir semua manusia
ada mempunyai simptom-simptom nomophobia.
antara yang boleh kita lihat adalah seseorang itu akan berasa takut dan tidak selamat
apabila mereka hilang telefon bimbit, kehabisan wang untuk membeli kredit (haha),
kredit telah tinggal 0 sen, tiada coverage handphone dimana akan berbunyilah suara seperti
" weh, ceruk mana ni takde coverage langsung. sengal la tempat ni" <-- ada tak korang alami?
atau mungkin seperti ini
"b***, takde coverage,s*** la" <-- ni tahap paling extreme dimana mereka akan sentiasa
merengek dan membebel seperti meminta ditampar dan dipenerajang supaya mereka boleh diam.

ada tak korang alami perkara diatas?
ada kan..
 kalau tidak ada , jangan risau pastinya anda pernah mengalami keadaan seperti ini pula..
-tidur bersama handphone kadang sampai phone bawah badan pun bolehh.
-tidak pernah tinggalkan handphone kalau keluar dari rumah kalau tinggal sanggup patah balik untuk ambil walaupun waktu tu orang disebelah anda rasa macam nak kasi penampar sulung di pipi anda.
-tidak pernah matikan phone langsung. Yang ni suka hati korang la kan, korang punya handphone.

haha pastinya salah satu ni korang pernah buatkan. dan anda adalah salah seorang yang mengalami nomophobia. Aku nak share fakta sikit la..
perempuan dikalangan umur 18 hingga 24 tahun adalah majoriti mengalami nomophobia ni.
manakala lelaki kurang sedikit berbanding perempuan tetapi mereka lebih kepada mempunyai 2, 3 phone
untuk diri sendiri.

so ladies? macam mana? ada betui ka?

try to live without handphone for once.
adakah kita boleh?

Friday, February 24, 2012

Pengalaman~

sekarang yang aku nak cerita bukan pengalaman bekerja or pengalaman bercinta
aku nak cerita pengalaman cari keje.
bagi siapa2 yang menganggur, korang mesti tau macam mana rasanya
kebosanan dan kepayahan mencari pekerjaan.

mula2 memang kau akan excited cari keje
hampir semua kau apply tanpa tengok details2 position tu
biasalah baru habis belajar.
semua kau nak sebat.
tapi lama kelamaan kau akan rasa useless bila kau pergi interview
jawatan yang ntah ape2..
kadang2 kau kene jual barang macam direct selling.
tapi mereka akan berbelit2 fakta ayat dan segalanya supaya kau rasa tugas
kau dapat tu hebat gilerrr.

lepas lama kau menganggur kau akan mula fikir
tengok details dan segalanya2 pasal position yang kau nk apply.
masa tu baru kau leh fikir buruk baik pekerjaan tu.
sekarang ni ramai orang menipu.
kena hati-hati dalam apa2 pun yang kau apply.
cam aku sekarang.
aku betul2 aplly perkara yang related dan betul2 terbukti kerja tu adalah
benar sebenar2nya. <--kemain

tapi pengalaman mengajar kau nanti
masa tu kau tau segalanya.
satu demi satu kau belajar indirectly
pengalaman hidup.

so hati2 dalam pilih pekerjaan.

sekian

Tuesday, February 14, 2012

Hanya Menulis~

Aku suka menulis dan sekarang aku hendak menulis.
so..
ehem2..


Sejak akhir2 ni..aku terase sedikit penat kerana
perlu attend interview..haha (itupun penat)
sejak jadi penganggur ni..aku rajin cari kerja..kerja apa jangan cakap la..
yang tak berkaitan pun aku apply..
oh.. ini yang permanent sahaja, bermaksud kerja office..
yang kerjanya dibayar mengikut standard yang ditetapkan (kenapa pulak buat penerangan ni)
adalah susah ye tuan-tuan dan puan-puan hendak mendapat kerja
yang diharapkan..
Ada orang yang rezekinya cepat.. ada yang lambat..
aku adalah diantara yang lambat.. takpe sabar itu penting..
aku memang penyabar dalam bab2 gini.jadi kalau ada diantara kawan2 aku yang dah dapat kerja
aku rasa dorang beruntung.. tapi tidak cemburu langsung.. sebab aku percaya rezeki masing2..

penat tapi tak boleh merungut..
sebab inilah kehidupan.. bagi yang ada orang dalam kat mana2 syarikat tu..
silalah guna.. ini adalah nasihat aku..sila guna ye..
korang adalah salah seorang yang amat beruntung sebab ada orang dalam..
aku hanya berdoa sahaja supaya aku dapat atleast kerja yang
bagus yang boleh menampung kehidupan kat kl ni..
biar lmbat.. percaya rezeki tu ada..
ini nasihat kepada kawan2 yang belum lagi dapat kerja..

doakan untuk kami.






Wednesday, February 8, 2012

Anda bengang tak kalau~

berkaitan dengan tajuk diatas..
adakah anda bengang jikalau..

anda adalah seorang penganggur,
anda telah minta kerja banyak gila,
tapi satu pun tak lekat lagi..diam seribu bahasa.
kemudian..
anda teman kawan anda cari tempat interview..
dah la anda seorang buta jalan..
sesungguhnya akan pening2 apabila cari tempat yang dituju..
dan dalam masa yang sama juga..
datanglah bunyi ringtone di telefon menunjukkan no telefon office..
satu2nya no office telah menelefon anda..
dan di saat anda hendak menjawab call itu..anda sedang drive..
dan dimasa itu juga anda sedang mencari arah..
kemudian jawab separuh then tertekan end call sebab keadaan menjadi bahaya..
bengangkah anda?
adakah disaat genting sebegitu perlu untuk menelefon..
hurgghh.. nak berhenti masa tu dah duduk di lane yg tengah..
apakah?

saya bengang.

bila telefon balik..engaged..

lagila bengang!


the end.

Monday, February 6, 2012

People around me~

kadang-kadang kita lupa siapa ada dengan kita bila waktu kita susah.
sebab sebelum ni kita senang kita tak pernah sedar siapa yang
betul-betul ikhlas sebelah kita.

ni bukan nak bermadah nak berjiwang.
ni sebab, baru-baru ni aku sedar orang yg selalu ada
disekeliling aku,
semuanya ikhlas,
ikhlas membantu, ikhlas memberi.

siapa yang tak bahagia kalau begitukan?
cuba tengok disekeliling kamu,
siapa yang betul2 ikhlas untuk berada disisi kamu.
kalau ada beruntung lah,
kalau tiada, dimana salahnya?