Wednesday, July 27, 2011

Manusia~

Manusia
Biasalah bila dah senang lupa segala-segalanya
Lupa siapa selalu bagi sokongan bila masa tiada siapa yang kenal
lupa siapa sanggup menerima semasa tiada orang tahu
kewujudan dia.

Bila dah senang tinggalkan terus
berubah mengikut dunia
tanpa sedar
dia sudah alpa dan hilang diri
dalam dunia yang fana

manusia mudah lupa.

Saturday, July 16, 2011

1 hari lagi~

tinggal lagi sehari je nak isnin dah
sangat menakutkan.
bermulalah kehidupan baru sebagai pekerja.
kenapa nervous sangat ni pun tak tahu la.
mungkin pengalaman pertama merasa saat ini.
hope everything gonna be fine.
i wish.


p/s: kene bangun pepagi dah sekarang. haih.

Friday, July 15, 2011

Love Harry Potter Love Severus Snape~



mengikut kepada tajuk entry..
terang-terang la aku dah pergi tengok cerita ni..
aku tengok 2d je..sebab aku rasa 3d pon cam bese gak..
well.. 1stly, aku dah baca buku dia dulu..
so, aku memang mengharap yang kali ini, semua babak penting
yang dalam buku tu semua ada, tak macam Half Blood Prince..
aku keciwa sedikit dengan movie ke enam tu..

berbalik pada Harry Potter part 2 ni..
its TOTALLY AWESOME!!
aku sangat-sangat puas ati..
dalam cerita ni da kurang love story, dia banyak action je semua..
dan kalau korang teringin nak tengok muka Voldermort risau..
dalam Part 2 ni la banyak muka Voldermort keluar dan banyak reaksi..

dalam cerita ni juga, walaupun aku dah tahu jalan cerita..
tapi bila aku tengok movie ni..aku masih boleh menangis..
sampaikan my love one said that i pelik. kekeke
memang touching gila la bila bab severus snape..
dan korang mesti akan sayang dia lepas korang tengok cerita ni..
sayangnya dia kepada Harry..woouu sangat menyentuh hati..keke

dari ranking 10, aku yang tak pernah miss satu pon cerita Harry ni,
aku bagi 10/10..bukan sbb aku berat sebelah..tetapi mmg cerita ni
deserve it..totally..
banyak babak2 best.. babak snape, babak harry dengan Voldermot lawan..
pheww mantap..
babak di mana semua orang jadi hero.. memang best..
ada juga part-part yang kelakar dalam serius..
yang penting korang kena tengok sendiri.. sebab sangat awesomeee..
but pastikan korang tengok Part 1 dulu kang terpinga2..
sebab dia terus sambung je..takde flash back balik yang part 1 tuh..
neway pergilah tengok..memang berbaloi..
ehehe..dan aku.. akan tengok untuk kali kedua , ketiga.. selagi
aku rasa nak tengok..
ni pon da rindu kat cerita ni..huwaa


rindu sudah , nak tengok dorang lagi

Wednesday, July 13, 2011

Kisah Budak Ini~

aku nak cerita sikit pasal budak-budak nih.
dorang ni aku kenal time aku amek kelas COMPTIA A+ dulu.
kalau tak kerana kelas nih, aku rasa sampai kesudah aku
takkan kenal mamat-mamat nih.

okey, permulaan cerita die senang je.
semua bermula dari seorang speckie ni. hihihi (jgn marah bobok)
Kitaorang kenal dari rumate tersayang aku, mimi.
dorang satu kelas.
sbb kitaorang boleh kenal adalah kerana cerita korea.
kalo nak tau ape tu (kot kot la korang tak tahu) contohnye macam
variety shows, drama series, lagu-lagu sume oleh Kpop bukan Mpop
hokeyss..
back to topic..
nama budak ni adalah Ahmad Fariz (promote sikit).. nama lain adalah
boboy atau bobok..(orangnye ensem)
die minat korea dulu tapi tak tahu sumber nak dapatkan..so aku
pon bagi la koleksi2 aku..last-last mintak lagi..
dalam kelas malu nak tegur konon..(muntah) tapi last datang jugak kat aku
then tanya memacam pasal kpop ni.kekeke
terus sampai sekarang kitaorang jadi rapat dan sentiasa bertukar-tukar koleksi.
thanks Bobok!

dan dari beliau la, aku kenal pulak budak ni nama die Ali nama sedap die
Ali Arsyad. haha. Beliau pon gila kpop juga. Beliau suke mendonlod series..
so siapa-siapa nak series korea mintak kat dia. Dan aku adalah orang
yang paling gembira sebab ada sumber. keke Thanks Ali banyak kasi
aku ni koleksi-koleksi kau. (nanti kasi lagi)

dan dari Bobok dan Ali la.. cerita-cerita yang aku kasi kat dorang tersebar
kat semua member-member diorang yang lain..
pastu salahkan aku kata aku pembawak virus korea (Hahaha jangan marah)
dan seterusnya aku kenal la Aidil , nash , Epi dan lain-lain lagi (ada lagi ke eh)
semua disebabkan Korean Pop nih. Thanks Kpop.
hakhakhak.

neway thanks korang sebab selalu tolong aku dan sentiasa share
koleksi memasing. hehe

Tuesday, July 12, 2011

A Whole New World~

cam tajuk lagukan..
lagu a whole new world dari cerita alladin tu.
kehkeh..
ape aku merepek ni..

yang penting tanggal 18 july ni dah kene menjalani
hidup sebagai pekerja..
walaupon masih budak praktikal tapi still bekerjakan..
cuak plak bile pikir nk masuk tempat baru nih..

Ape-ape pun yang penting..
kita senyum aje..


Monday, July 11, 2011

Help Me!~

sebenarnya aku pening ngan background blog aku sendiri
aku tengah mencari background yang lebih nampak simple
tetapi menarik.
so background2 yg sebelum ni hanya sementara sahaja
sebab tu korang akan selalu tangok background aku berubah
sebab aku tengah proses mencari..
sesape yang tahu ade background tuk blog lelawa..
tlg gtau eyk..

the end

p/s: haha aku amek ni pon sebab comel ayam tu

Tamat~

tamatla aku belajar degree..
walaupun bukan la dah abes terus..tp sekarang aku dah tak payah
jumpe assigment, final project, exam , quiz and paling penting Project Sarjana Muda..
Akhirnye setelah beberapa lame setel juga PSM aku nih..
dah selesai pon perkara besar..
tggal latihan industri sahaja..
kemudian akan melangkah la ke alam pekerjaan..
inilah kali pertama aku nk merasai alam pekerjaan..
selama ni tidak ada masa untuk bekerja langsung..
dan aku akan pilih jalan paling bawah dahulu sbelum sampai ke puncak..

dan pastinya aku akan rasa janggal kali ini..
kerana tiada lagi kentensenan bergelar pelajar..
tetapi kita sedia maklum bahawa waktu belajar itulah paling indah dalam hidup kita..
tak perlu pikir apa2..hanya pikir belajar sahaja..
tapi sekarang kita perlu memikirkan semua hal..
termasuklah hal remeh temeh..
sekarang perlu menjadi lebih dewasa daripada dewasa..

aku bahagia, kerana sudah selesai segalanya hanya tinggal
latihan indutri sahaja..
segala penat lelah aku selama 6 tahun aku belajar ..
aku harap aku dapat aplikasikannya di dunia nyata..
inilah yang ku ingin capai..
dan aku harap aku dapat capainya..

Saturday, July 9, 2011

Pertemuan, persahabatan , perpisahan~

siapa sangka.. masa dulu aku dengan dia bukan sekepala.
die dengan geng dia, aku dengan geng aku.
bila di UTEM, semua jadi laen.
yang bukan rapat menjadi sangat rapat.
yang bukan sekepala suatu masa dulu , jadi sahabat yang amat memahami
perangai masing-masing. Indah bukan. *senyum sendiri*

siapa sangka, dia yang kami pernah mengata,
kerana rupa parasnya sangat kemelayuan,
bulan puasa dia tidak berpuasa, hahaha
sebenarnya dia bukan melayu.
tetapi tetap warganegara Malaysia.
rapat dalam tempoh waktu yang singkat,kerana baik budi pekertinya..
bertiga kehulur kehilir.. melakukan semua kerja..
bukan setakat indah tetapi sangat indah.

Dia yang mulanya sangat susah untuk difahami,
tetapi hati budinya yang sangat setia terhadap kawan.
dia sangat disenangi. awal-awal kita bertemu..
janggal itu tidak ada. sentiasa bersama. sehingga tempoh 3 tahun
sudah mencukupi. Terima kasih kerana sangat memahami perangai diri
ini yang pendiam dan suka buat hal sendiri. kita sebilik sentiasa. kini..
kamu bakal hidup dengan orang lain. sentiasalah menjadi diri sendiri
kerana itulah yang terbaik.

Dia yang mulanya hanya rapat seperti biasa sahaja,
kerana keselesaan kami, dia juga bersatu.
menjadikan sekawan ini sangat saling membantu.
biar apa orang nak kata. asalkan kita tahu siapa diri kita. betulkan..
gelak tawanya yg sangat unik dan bersungguh-sungguh pasti diingati.


Dia juga, yang dahulunya tidak pernah mengenali,
tetapi disebabkan dia seorang yang ramah...
kami selesa bersama-sama dalam satu rumah.
sebenarnya adik tetapi kerana personalitinya..
dia sperti kakak antara kami. suaranya yang nyaring sangat garang tetapi
hatinya ada taman bak kata Shaheizy Sam dalam filem adnan sempit.
sangat gembira bila kita bersama2..saat yg indah juga.

pertemuaan itu suatu permulaan, persahabatan itu suatu keindahan,
perpisahan itu bukanlah pengakhiran.


p/s: sebenarnya aku pon tak tahu kenapa aku tulis gaya cmni. hahahhah tahan la muntah2 korg yg terkuar tu eyk.