Tuesday, January 31, 2012

Please~


is it hard to feel ease like this pic. 
i'm tired already, but, still try hard for my future. 
come on life, be good with me please.

Hari-hari sebagai petani moden~

ehem ehem.
sebelum masuk tajuk utama, nak cerita sikit pasal AJL 26 hari tu.
sebelum ni aku pernah post pasal AJL 25..
ada lagi post tu..sila tengok.. hehe (malas nk letak link)
masa AJL sebelum ni, kitaorang satu rumah tengok depan tv, biasalah student.
Bila si Ana Rafali tu menang semua protes kecuali sorang..sebab dia peminat
Ana Rafali tu..haha bila ingat balik memang kelakar.
so, masa AJL 26 ni, masing2 dah separate, dah ada kehidupan sendiri,
ada yang masih belajar, menganggur (aku la tu),kerja pun dah ada..
kitaorang sembang trough social networks je la..
kali ni memang semua setuju dan tak ada protes2 dah..
sebab masing2 setuju hafiz menang.. Tahniah Hafiz (macam la hafiz baca kan)

berbalik kepada topik,
aku sekarang penganggur, atas sebab2 tertentu seperti dinyatakan
dalam post sebelum ini, jadi apakah yang aku buat mengisi hari2 aku?
makan,tidur,on9,tengok jobstreet, cari kerja, bukak email, tengok movie, makan balik, lepak
dan seangkatan dengannya.
aku dan kawan aku peah aka faezah (femes ko peah nama ko ada je dalam entry aku)
pelik ngan company nih, lambat sangat la nak respon..
kitaorang sangat dah bosan, kalau kerja biasa2 karang susah lak nk pergi interview bagai
nak mintak cuti semua tu. haih..
ni update blog sebab dah tak tau nak buat apa dah.. hanya menunggu panggilan
telefon dan perbalasan email sahaja.
aku harap semua irang berdoalah untuk kami semoga dapat kerja dalam
masa yang terdekat

amin.

Monday, January 23, 2012

Tough Month~

it's been a while i post something here.
well as u know the title is tough month and obviously i had an issue lately.
why i'm doing it in English? haha the answer is, i don't know.

okay2. back to the topic.
i already got a job before this, my LI company offered me to continue at there.
i'm so happy at first coz i love the staff, they like my old friends.
but,
after five days 1've work at there, they suddenly called me and said that
they had financial problem? i wonder why after i already work.
they cannot pay me, i have to quit.
they should told me earlier.
i'm sad, and angry at the same time.
i think everyone should feel angry, am i right?

Allah gave me challenge already although its only a few weeks after i'm finished my study.
Allah maha besar, and DIA maha adil.
i know, Allah already save the best for me.
it's not my destiny there maybe at other places.

i accept the fate, and now i'll try to move on.
"ini semua rencah kehiduan yang harus dilalui.
kalau tak, hilanglah keseronokan hidup bila tiada dugaan."
its make me become a better person.
and know what exactly i need when i faced all those challenges.


whatever it is,
i need to move on,
feel happy with my life.
coz i'm really blissful when i had my friends and family, and of course my love one,
that always support me. ALWAYS.
thanks love!

Friday, January 13, 2012

Everyone need exercise~

ehem ehem.
tetsing 1 2 3.
okay. hi!

motif? i don't know.
sekarang ni kalau kite pergi mana-mana je.
kita akan nampak semua perempuan-perempuan
kat malaysia ni. banyak yang obesiti. takpun tembam.
like me. oh no.
ni semua disebabkan oleh pemakanan kita yang paling utama.
tengok je la. contoh terdekat rumah aku.
drive tak sampai berapa kilometer aku boleh beli kfc,Mcd, Subway
dan sebagainya.
nasi lemak and all that jangan cakap la, jalan kaki secuit, makan sampai 3 bungkus.
apakah itu?
macam mana badan tak membesarkan.
ini termasuklah diri aku yang semakin tembam apabila duduk dirumah.
makanan depan mata. hoho

sebenarnya boleh je nak makan, cuma berpada-pada.
bukan hari-hari fast food.
dan yang paling penting senaman.
benda alah ni lah yang paling susah orang nak buat. aku pun sama jugak.
alasan tu banyak sangat kalau nak jogging ke hape ke.
just spent 30 minit setiap hari pun dah okay.
tapi itu pun still malas kan.
banyak je video kat youtube, kaedah-kaedah senaman kat internet dan sbgnya,
just rajinkan diri sahaja.
peringatan untuk diri aku yang tembam ni jugak.
sama-sama kita rajinkan diri okeyss.

isu-isu macam ni pun selebriti alami.
tak bermakna kita ada badan supermodel kita tak perlu bersenam kan
just see what happened to them.

supermodel pun alami isu ni


even singer yang top pun. 



Monday, January 9, 2012

After LI, then what?~

30hb disember maka tamatlah hidup aku sebagai Student
so, thats mean kwn2 aku yang Latihan Industrinye start bulan 7 makan
tamatlah segala2nya.
dah tamat kemudian?
oh semestinya report LI. Oleh kerana dah lama sangat tak buat report
aku, kwn aku dua orang iaitu reen dan peah, buat report ikut format sendiri.
aku ngan xde tajuk utama.
reen dengan selamba xde m/s kat table of figure.
peah huruf roman ganti huruf biasa.
hahaha nampak sangat la dah lupa semua benda alah tu.
kitaorang terkocoh-kocoh tukar format last minit then hantar je.
yang best kat UTeM bagi sesiapa yang tak tahu lagi,
jika anda ingin binding kat koperasi, please bersiap sedia dengan pengetahuan
untuk menggunakan mesin binding dan photostat.
semua adalah self services. sejak bila orang2 koperasi ni malas sangat tak tau la.

selesai benda alah berkaitan dengan report LI, aku dan kengkawan memulakan
percutian kami di Melaka. Sangat jimat. sebab kitaorg menumpang tidur kat rumah sewa lama.
nasib baik house people rumah tu sekarang sangat sporting. so, dengan muka yang agak selamba
kami tidur disitu dalam 4 hari 3 malam untuk aku manakala dua orang lagi 5 hari 4 malam.
bila dah berjumpa , mestila bergosip dan seangkatan dengannya.
lepasni dah susah nak jumpa kan. kalau nk jumpa pun masing nanti mesti dah lain la apa la.
antara aktiviti kami semasa disana adalah
-tengok wayang cerita The Darkest Hour.
-Makan-makan <-- ini adalah wajib sebab semua jenis perut kebulur.
-Pergi Banda Hilir <-- yang ni kitaorg exercise sikit, jenjalan tempat2 bersejarah then pergi makan
cendol , ABC , aiskrim.  menyihatkan tahu aktiviti ni.
- Lepak di Pantai Puteri. <-- paling best.
- Mandi(takdelah mandi sangat kan, rendam kaki je) dekat Air Panas Gadek<-- yang ni sekarang harga dia dah naik RM5 dibuka 24 jam.
selain itu aku juga sempat dating. hahah

Bila dah lama kat sana aku pun perlulah pulang ke kampung halaman ye dak.
takkan nak menumpang rumah orang je (alasan)
aku terpaksa balik dalam keadaan yang agak tergesa. well. kenapa? aku je yang tahu.
di sini saya, ingin mengucapkan terima kasih kepada kengkwan saya yang begitu happening semasa di Melaka.IsyaAllah kita akan jumpa lagi punye~~ (gaya dafi).

us
makcik yang snap pic ni sangat annoying. poyo. sombong. tapi cmne pun terima kasih la *pusing kepala* 

wanlee dan reen. sila perhatikan reen yang pakai tudung tu dari sekarang ye. each pic i mean.

motif? bunga-bunga cinta. 


mimi takleh lekang hp dari tgn dia. okey now perhatikan reen paling kanan. tgn dia ada peace. same dengan yang gambar atas.

aku pun tak faham motif gambar nih.

 
dah penat2 naik tangga ni masa senggang kesemputan snap pic la apa lagi.



cendol, ABC dan eskrem. takde gambar reen. ok fine. makan ni pun dah kenyang . haha jimat punya pasal. kitaorang berkongsi.

gambar poyo aku ala-ala model pantai kena letak dulu.wahahaha

cari apa ye kami. tak penah tengok pasir laut mungkin. 

hasil artwork wanlee suwanmani.

tangkap sendiri senang. takde makcik annoying. lawa gak hasil kan.kan.kan.?

thanks wanlee. 

sebenarnya banyak lagi gambar dorang ni tangkap. tapi tak sempat nk upload
sebab?
internet ku sangat-sangat laju *tangan kat dada mata ke atas*
maybe ada part 2. kita buat stail wordless.wahahah
sebab?
malas nak taip pepanjang macam entry ni. ni pun amek masa lama nak publish.
well see you soon. 
annyeoung!








Tuesday, January 3, 2012

An Early 2012 Part 2~

oh, baru je nak masuk 4 haribulan 12, 2012.
tapi aku dah experience masalah.
tak ada lah serius sangat but kalau melarat boleh jadi teruk.
kebelakangan ni aku sering tak jaga contact lense aku.
aku kurang tukar air dia.

dan padan dengan muka aku
aku kene iritated eyes.
hamek ko ayu.
malas lagi nak jaga kebersihan contact lense.

aku sangat risau bila kemerahan mata aku tak hilang selama dua hari
tak la teruk sangat merah dia tapi pelik la kan
ngapa tak hilang-hilang merah tu.
terus kul 11 lebih angkut mak aku pergi poliklinik
bila check naseb baik takde ape2 yang serius.
okay je.
tapi aku kena mahal la kan pasal poliklinik 24 jam.
harga memang cekik darah tapi ubat dia bagi sangat2 berkesan.
dah kurang dah merah kat mata aku.

hahah first time experience.
so, lepas ni memang aku akan rajin sesangat la nak tukar air setiap hari
jadi rajin seperti dahulu.
dah kena baru nak ubah kan.
apalah manusia ni. ahaha

so orang lain yang pakai lense,
silalah rajinkan diri jaga kebersihan lense anda.
okay~

An early 2012 ~

dah masuk 2012. Happy New Year Everyone.
btw, tak perlulah sambut. tak ada ape-ape yang special pun rasanya
nak sambut kedatangan 2012 ni.
tapi still aku rasa pelik sebab 2012 ini disambut.
okay bukan tu nak celoteh.

awal-awal 2012 ni, banyak fasa baru aku kena masuk
antaranya adalah,
aku sudah hampir ke penghujung Ijazah Sarjana Muda!
happy sangat dah tempuh alam pelajaran ni.
masa dulu aku xpernah terfikir akan belajar sampai ke Ijazah.
Bagi aku, diploma tu pun dah tinggi, tapi itu dulu.
sekarang aku ingin belajar lebih tinggi lagi
tapi apakan daya, terlau banyak hutang2 secara tidak langsung
perlu disetelkan .
jadi perlulah mencari duit.
dan Alhamdulillah Bos tempat praktikal aku sangat suka dengan
performance aku, so aku di offer untuk menjadi staff disitu.
Ya Allah, Terima Kasih dengan rezeki yang KAU limpahkan kepadaku.
Terima Kasih sekali lagi.

sekarang aku perlu persiapkan diri untuk menempuh alam baru
alam yang lebih mencabar dan perlu meningkatkan
lagi keimanan.
syaitan kan suka mensesatkan hati manusia.
haih.

Apa yang aku harapkan semuanya berjalan dengan lancar sahaja.