Sunday, July 22, 2012

Gopeng and water rafting~

have you guys experience water rafting.
i know you did. but for me this is my first time.

Last week, my office plan buat team building untuk all the staff
motip utama adalah tinggalkan kerja sebentar dan have fun with colleagues
masa ni lah kami kenal staff yang kami jarang bekerja dengan.
kat mana dorang plan?
kami semua pergi ke gopeng perak.
tak tahu menahu pun dekat sana ada tempat yang sangat cantik dan sangat best.
buktinya tempat ni sesuai untuk tinggalkan kerja adalah
di situ susah nak dapat line telefon, 3g ke 4g ke or anything.
ada certain tempat je yang ada.
takkan nak berdiri macam orang tak betul kan sebab nak cari line punya pasal.
okey tinggalkan pasal itu.

salah satu aktiviti yang dorang plan adalah water rafting.
apa itu water rafting? meh tengok sini..


haaa. inilah water rafting tu.
masa kitaorang buat aktiviti ni, dalam hujan dan air dia deras mak oii.. dalam pulak tu.
agak menakutkan untuk someone yang baru first time mencuba
if korang nak pergi water rafting ni,
seeloknya untuk yang pakai tudung, korang nak selamat pakai semua hitam.
then kalau boleh pakai baju 2 lapis kerana anda pasti jatuh bila sampai tempat2 yang
bahaya tu. sekurang2nya badan uolss bertutup kalau ada yang terselak.
selain itu, ini yang paling penting.
silalah beli SANDAL yang STRIP dia sangat kuat, tidak digalakkan pakai selipar
confirm hilang selipar korang tu.
selain itu semua safety akan diberitahu terlebih dahulu dan
bagi yang tidak pandai berenang seperti saya, sila sediakan ubat-ubatan..
maybe akan ada yang luka2 dan lebam2 sini sana. (or maybe aku seorang je yang kena ni)
sebab bagi yang tak tahu berenang anda akan buat apa sahaja supaya anda tidak jatuh.
tapi bagaimanapun anda akan jatuh juga. (gelak besar)
yang penting dengar cakap river guide korang, yang kat belakang sekali tu adalah river guide,
dorang lebih berpengalaman. Kalau korang jatuh jangan risau,
river guide la orang yang akan selamatkan korang. Percaya je dekat mereka.
Secara keseluruhannya, aktiviti ni sangat mencabar dan best.
pastinya akan ada keinginan nak mencuba sekali lagi.

Meh sneak peak sikit, keadaan tempat tu, nama tempat ni ADELINE's VILLA


tengah-tengah tu tak lompat sebab kaki sakit injured masa water rafting. motip sangat


 tengok-tengok bukan tengok kami, tengok view belakang tu



tengok belakang sekali lagi. Jangan tengok kami


Okey, itu je gamba yang rajin aku nak kongsi. haha
Lately, saya sangatlah tidak berminat untuk tangkap gambar.
Peace uolss!


Friday, June 8, 2012

Blogger Famous

Fuh..fuhh. tetiup sikit, berhabuk gila blog
nampak sangat owner dia sgt pemalas..

Realiti sekarang ni, <-- ceh ayat
tak perlu rasanya nak jadi penyanyi, pelakon ke,
pelakon tambahan pun tak payah, yang setakat keluar tak sampai 10 saat tu kan.
tak perlu dah semua tu.
kalau korang nak famous, jadilah blogger,
err bukan blogger cam aku ni, pemalas,
tapi yang rajin, yang bila post entry ada isi, lagi bagus kalau kau cun melecun.

kalau la korang perasan,
sekarang ni semua blogger yang famous
contohnya, yang aku minat adalah hanis zalikha, maria elena,
ex khairul fahmi tu, jejari runcing..
mereka2 semua ni dah masuk tv, jadi pelakon.
hanya dengan idea dan penulisan kreatif mereka sahaja,
semua producer cari, pappp, jadi pelakon.

tapi bila tengok balik, mereka cam dah biasa je
depan kamera,
yes, mereka dah lalui semasa jadi blogger, itu lebih baik
daripada ujibakat yang kita tengok hanya sekali.
bukan seorang dua, hampir semua blogger yang famous,
dah masuk telebisyen (kata orang2 dulu).

adakah kesimpulannya disini, menjadi blogger adalah batu loncatan
ke dalam industri seni?
ya atau tidak terpulang kepada masing2..


Sunday, May 20, 2012

si gemuk, si gemuk dan si gemuk

err siapa yang gemuk kuasa tiga ni.
meh, meh , meh
aku cerita.

perasan tak. (mesti korang tak perasan)
bukan semua orang kita selesa
mesti ada jugak seorang dua yang hadir dalam hidup kita
jadi kawan, tapi tak berkekalan.
kenapa?
rasa jengkel, tak selesa, dan bermacam-macam lagi.
bukan sebab tu sahaja, masa mula-mula tu adalah
percubaan sahaja. nak cuba rapat, mana tau best,
bila dah lama-lama meluat. selalukan kita alami.
tapi ada juga yang kita jumpa pertama kali kita tahu,
kita selesa dengan mereka. berkongsi macam-macam.
bergaduh lepas tu baik semula.semakin rapat.

aku,
aku ada dua sahabat yang aku tak pernah cerita lagi dalam blog ni
sahabat dari sekolah rendah lagi.
yang peliknya, masa sekolah rendah tu, semua berlainan arah.
masing-masing dengan geng sendiri. aku juga.
jumpa pun sekadar kerana naik bas sekolah yang sama.
kalau tidak memang tak kenal langsung. sedih betul.
tapi lama kelamaan, semakin kenal antara satu sama lain.
ini pun kerana bas sekolah jugak. masa pergi membuta bagai nak rak sebab kitaorang je yang bangun
awal2 sebab sekolah jauh. bila balik pulak, duduk atas rumput yang tak tahu
tahap kebersihannya, beli jajan , makan sama-sama.
sampai bulan puasa pun boleh terlupa, sebab dah selalu sangat rutin tu.

tapi yang bestnya, sekolah menengah kitaorg pergi sekolah yang sama
tapi seorang dari kawan aku ni, pergi sekolah agama, tak lama lepas tu
masuk balik sekolah pudu balik, sekelas dengan aku,
lepas pmr keluar balik pergi sekolah teknik, tak lama lepas tu,
masuk balik sekolah pudu sampai kesudah duduk je sekolah tu. haha
yang seorang lagi ni pulak, tak pernahnya sama kelas, tak pernah nak beramah mesra ngan aku
masa kat sekolah , tapi kewujudannya aku dah seorang lagi kawan aku tahu.
terutamanya bab kakinya yang lemah, perlu diusung seperti orang tua.

banyak betul kenangan.
dulu ramai, sekarang masing-masing ada hal sendiri.
tapi yang selalu melepak sama-sama, adalah kami bertiga.
sehingga sekarang, walupun dua orang dah kerja seorang lagi tengah
bertungkus lumus berlawan dengan degree. kami masih melepak bersama.
dah kenal perangai masing2, sakit hati macam mana pun, semua hilang kejap je.

aku,
aku harap persahabatan ni kekal sentiasa.
tak sabar nak tunggu mereka2 ni, naik pelamin, dapat anak,
seterusnya jadi tua bersama. haha

ada jugak rakan aku yang kenal dalam tempoh sekejap tapi sehingga sekarang
jarang jumpa, tapi masih rapat. mungkin kisah lain di entry lain.


kawan baik, tapi jarang ambik gambar, ada pun penuh pinggan mangkuk kat depan. -_-"


coretan
ayyu kamaz

Sunday, May 6, 2012

Kita Hanya Merancang

dah lama tak menconteng dekat blog ni
tiada masa?
bukan. cuma masa yang ada digunakan untuk perkara lain.
blog ni dilupakan. bukan lama pun sekejap je.
Blog tak reti merajukkan? hihi

nak bercerita tentang satu perkara.
aku memang suka on twitter walaupun aku tak tweet.
aku akan on jugak untuk tengok perkembangan terkini
kengkawan twitter.

korang kenal tak dengan dena bahrin.
dia jadi famous sebab video perihal engagement dia yang sangat sweet dan
menjadi punca cemburu dan juga keinginan gadis2 diluar sana.
sekarang ni dia dah pun kahwin dengan lelaki pilihan keluarga dia. dia bahagia.
okey. bukan nak cerita pasal dia.
cuma nak bercerita, ada yang inginkan kisah cinta mereka seperti dena.
kahwin dengan pilihan keluarga.
tapi rasanya tak ramai sanggup lakukan dengan apa yang mereka cakapkan tu.
kalaulah ada pun tak ramai. lebih ramai yang tak ingin hidup single.
sunyi katanya. akal tak sama dengan hati.
tak apalah itu semua doa, yang mungkin akan termakbul suatu hari nanti.

aku?
bagi aku , aku tak ingin kisah yang sama dengan dia. walaupun kisahnya sangat
sweet.
aku lebih berharap apa yang ada sekarang ni, akan kekal,
kekal selamanya. bersyukur dengan apa yang ada.
kisah yang simple tapi bermakna.

kita hanya merancang tapi Yang Esa menentukannya.

Sunday, April 22, 2012

Level Baru Dalam Hidup~

terasa macam poyo je ayat kat tajuk tu.
seriusss poyo. haha

okey. back to the topic.
sekarang ni kire dah hampir sebulan jugak la bekerjakan.
seperti biasa, bekerja adalah perkara yang tak best
melainkan apabila duit gaji masuk.
haha. aku tahu semua setuju.

tapi itulah proses yang perlu kite tempuhkan, nak hidup baik kena bekerja
bila dah bekerja barulah ada duit then boleh la makan minum
dan sewaktu dengannya.
aku kerja kat satu syarikat yang besar. jadi system mereka lebih teratur.
pembahagian kerja juga teratur berbanding syarikat yang kecil.
tapi aku  tidak maksudkan syarikat kecil itu semua busuk.
tidak semua.
mungkin aku ada pengalaman macam tu
dah harapnya tidak terjadi lagi selepas ini.
cukuplah bebelan itu disini.

jap2..ada lagi satu tertinggal. gambar kat bawah ni benar2 menyentap. haha
tepat sekali.


source: google





Friday, March 23, 2012

Rezeki~

Did you ever believe in rezeki.
i know everyone will say ohh.. "takde rezeki kat situ" and so on
but did you ever know how Allah gonna test us and is all about rezeki?
i think only few people will ever think about that, mostly people does not care any
about how their get their job and everything.

okayla berbalik kepada bahasa melayu la.. saja test awal2 tu.
practice make perfect right. hehe
aku dan seorang kawan aku dah merasa dan dah nampak bagaimana
rezeki ni akan datang kat kita.
apa yang kami alami adalah selepas habis belajar, pastinya semua graduan
akan aktif dan tergopoh gapah bak kata orang melayu nak kerja.
kalau tak kerja selepas sebulan dah habis belajar tu maknaya kau tu bodoh la
ape la.
come on guysss. tukar la mentality tu , cara pemikiran tu.
selalu fresh graduate akan menunggu selama 6 bulan untuk mendpat pekerjaan
yang betul bagus maksudnya disini kalau anda degree, post yang bagus adalah
engineer dan executive. bergantung kepada qualification yang kita ada la kan.
jangan cepat down mood tu bila orang lai dah dapat kerja awak belum lagi.
disinilah kita akan belajar pasal REZEKI.

Allah dah tulis semua rezeki, kahwin dan sebagainya kan..
cuma nak menunggu bila dan dimana adalah kerja Yang Maha Esa..
kita tiada kemampuan tu. so sabar dan banyakkan berdoa.
ape yang terjadi selalunya ada hikmah.
apa yang perlu kita buat adalah sabar dan tempuh dugaan itu dengan berani dan tabah

memang benar, tulis kat blog ni senang, cakap ngan mulut senang
tapi yang menghadapi itu susah.tak semudah yang disangka.
tapi what i writing now is what i experience before.
Apa yang boleh kita lakukan adalah
USAHA, SABAR, TAWAKAL.

Wednesday, March 7, 2012

never ever~



source: google

Tuesday, March 6, 2012

trying hard~

lately it's hard.
thanks to everyone that always there for me. 
really appreciate it.


it's okay.it's fine.
i will try,try and try.

Did You Know?

Did you know?
i know you don't have the answer for this question..haha
okay not funny.

what i want to say is
the best thing when you are unemployed is you can stay
at home , eat, and eat, and eat until you kembang. haha
Not just that, if you go out leisurely with your friends,
sometime they are willing to belanja uolss.
padahal kita tak mintak pun. hehe bersyukur okey.
like my friends, they just called me, and ask me to come,
bawak perut and makan.
how's wonderfull is that? hehe

but watch out, after you already got a job,
they will hunting you like a zombie,
to make you belanja them with your first salary.
but my friend, you should know this,
after i get a job, i dont mind you hunt me like a zombie,
coz you guys are amazing friends to me.
*kipas*


but..
after i get a job la kan. haha i wonder when i will get it.


Friday, March 2, 2012

It's not good~

Hi people.
lately, i felt annoyed.
nak tau kenapa?
pasal people yang suka boast and brag about something that related to their life.
Please people. You can be boasting and brag about your life
but please not frequently.
Memang betul kegunaan social network for sharing.
but not sharing about your personal life people.
u really think it's quite fun to boast about your personal life
but to other people, they talked behind your back.
share something useful such as information or maybe something that funny
or sad..whatever. not 100 percent you status mention about your personal
life . you can share but not in detail.
i don't know, maybe that is your way of sharing something.
just remember this la.
kadang-kadang sesetengah orang rasa kesian nak unfriend or unsubscribe.
sebab anda adalah kawan.
nanti timbul pulak soal tacing2.




p/s: ada yang terasa , maaf. luahan pendapat sahaja.


Saturday, February 25, 2012

Nomophobia~

adakah anda nomophobia?
adakah?
adakah lagi sekali?
betul2 adakah anda nomophobia?

aku rasa hampir semua orang di dunia ni nomophobia.
apa itu nomophobia.. (macam nak bagi syarahan plak)
nomophobia adalah ketakutan yang dihidapi oleh seseorang itu apabila telefon bimbit tiada 
bersama mereka.
nampak simple, tapi kalau betul-betul kita lihat memang hampir semua manusia
ada mempunyai simptom-simptom nomophobia.
antara yang boleh kita lihat adalah seseorang itu akan berasa takut dan tidak selamat
apabila mereka hilang telefon bimbit, kehabisan wang untuk membeli kredit (haha),
kredit telah tinggal 0 sen, tiada coverage handphone dimana akan berbunyilah suara seperti
" weh, ceruk mana ni takde coverage langsung. sengal la tempat ni" <-- ada tak korang alami?
atau mungkin seperti ini
"b***, takde coverage,s*** la" <-- ni tahap paling extreme dimana mereka akan sentiasa
merengek dan membebel seperti meminta ditampar dan dipenerajang supaya mereka boleh diam.

ada tak korang alami perkara diatas?
ada kan..
 kalau tidak ada , jangan risau pastinya anda pernah mengalami keadaan seperti ini pula..
-tidur bersama handphone kadang sampai phone bawah badan pun bolehh.
-tidak pernah tinggalkan handphone kalau keluar dari rumah kalau tinggal sanggup patah balik untuk ambil walaupun waktu tu orang disebelah anda rasa macam nak kasi penampar sulung di pipi anda.
-tidak pernah matikan phone langsung. Yang ni suka hati korang la kan, korang punya handphone.

haha pastinya salah satu ni korang pernah buatkan. dan anda adalah salah seorang yang mengalami nomophobia. Aku nak share fakta sikit la..
perempuan dikalangan umur 18 hingga 24 tahun adalah majoriti mengalami nomophobia ni.
manakala lelaki kurang sedikit berbanding perempuan tetapi mereka lebih kepada mempunyai 2, 3 phone
untuk diri sendiri.

so ladies? macam mana? ada betui ka?

try to live without handphone for once.
adakah kita boleh?

Friday, February 24, 2012

Pengalaman~

sekarang yang aku nak cerita bukan pengalaman bekerja or pengalaman bercinta
aku nak cerita pengalaman cari keje.
bagi siapa2 yang menganggur, korang mesti tau macam mana rasanya
kebosanan dan kepayahan mencari pekerjaan.

mula2 memang kau akan excited cari keje
hampir semua kau apply tanpa tengok details2 position tu
biasalah baru habis belajar.
semua kau nak sebat.
tapi lama kelamaan kau akan rasa useless bila kau pergi interview
jawatan yang ntah ape2..
kadang2 kau kene jual barang macam direct selling.
tapi mereka akan berbelit2 fakta ayat dan segalanya supaya kau rasa tugas
kau dapat tu hebat gilerrr.

lepas lama kau menganggur kau akan mula fikir
tengok details dan segalanya2 pasal position yang kau nk apply.
masa tu baru kau leh fikir buruk baik pekerjaan tu.
sekarang ni ramai orang menipu.
kena hati-hati dalam apa2 pun yang kau apply.
cam aku sekarang.
aku betul2 aplly perkara yang related dan betul2 terbukti kerja tu adalah
benar sebenar2nya. <--kemain

tapi pengalaman mengajar kau nanti
masa tu kau tau segalanya.
satu demi satu kau belajar indirectly
pengalaman hidup.

so hati2 dalam pilih pekerjaan.

sekian

Tuesday, February 14, 2012

Hanya Menulis~

Aku suka menulis dan sekarang aku hendak menulis.
so..
ehem2..


Sejak akhir2 ni..aku terase sedikit penat kerana
perlu attend interview..haha (itupun penat)
sejak jadi penganggur ni..aku rajin cari kerja..kerja apa jangan cakap la..
yang tak berkaitan pun aku apply..
oh.. ini yang permanent sahaja, bermaksud kerja office..
yang kerjanya dibayar mengikut standard yang ditetapkan (kenapa pulak buat penerangan ni)
adalah susah ye tuan-tuan dan puan-puan hendak mendapat kerja
yang diharapkan..
Ada orang yang rezekinya cepat.. ada yang lambat..
aku adalah diantara yang lambat.. takpe sabar itu penting..
aku memang penyabar dalam bab2 gini.jadi kalau ada diantara kawan2 aku yang dah dapat kerja
aku rasa dorang beruntung.. tapi tidak cemburu langsung.. sebab aku percaya rezeki masing2..

penat tapi tak boleh merungut..
sebab inilah kehidupan.. bagi yang ada orang dalam kat mana2 syarikat tu..
silalah guna.. ini adalah nasihat aku..sila guna ye..
korang adalah salah seorang yang amat beruntung sebab ada orang dalam..
aku hanya berdoa sahaja supaya aku dapat atleast kerja yang
bagus yang boleh menampung kehidupan kat kl ni..
biar lmbat.. percaya rezeki tu ada..
ini nasihat kepada kawan2 yang belum lagi dapat kerja..

doakan untuk kami.






Wednesday, February 8, 2012

Anda bengang tak kalau~

berkaitan dengan tajuk diatas..
adakah anda bengang jikalau..

anda adalah seorang penganggur,
anda telah minta kerja banyak gila,
tapi satu pun tak lekat lagi..diam seribu bahasa.
kemudian..
anda teman kawan anda cari tempat interview..
dah la anda seorang buta jalan..
sesungguhnya akan pening2 apabila cari tempat yang dituju..
dan dalam masa yang sama juga..
datanglah bunyi ringtone di telefon menunjukkan no telefon office..
satu2nya no office telah menelefon anda..
dan di saat anda hendak menjawab call itu..anda sedang drive..
dan dimasa itu juga anda sedang mencari arah..
kemudian jawab separuh then tertekan end call sebab keadaan menjadi bahaya..
bengangkah anda?
adakah disaat genting sebegitu perlu untuk menelefon..
hurgghh.. nak berhenti masa tu dah duduk di lane yg tengah..
apakah?

saya bengang.

bila telefon balik..engaged..

lagila bengang!


the end.

Monday, February 6, 2012

People around me~

kadang-kadang kita lupa siapa ada dengan kita bila waktu kita susah.
sebab sebelum ni kita senang kita tak pernah sedar siapa yang
betul-betul ikhlas sebelah kita.

ni bukan nak bermadah nak berjiwang.
ni sebab, baru-baru ni aku sedar orang yg selalu ada
disekeliling aku,
semuanya ikhlas,
ikhlas membantu, ikhlas memberi.

siapa yang tak bahagia kalau begitukan?
cuba tengok disekeliling kamu,
siapa yang betul2 ikhlas untuk berada disisi kamu.
kalau ada beruntung lah,
kalau tiada, dimana salahnya?


Tuesday, January 31, 2012

Please~


is it hard to feel ease like this pic. 
i'm tired already, but, still try hard for my future. 
come on life, be good with me please.

Hari-hari sebagai petani moden~

ehem ehem.
sebelum masuk tajuk utama, nak cerita sikit pasal AJL 26 hari tu.
sebelum ni aku pernah post pasal AJL 25..
ada lagi post tu..sila tengok.. hehe (malas nk letak link)
masa AJL sebelum ni, kitaorang satu rumah tengok depan tv, biasalah student.
Bila si Ana Rafali tu menang semua protes kecuali sorang..sebab dia peminat
Ana Rafali tu..haha bila ingat balik memang kelakar.
so, masa AJL 26 ni, masing2 dah separate, dah ada kehidupan sendiri,
ada yang masih belajar, menganggur (aku la tu),kerja pun dah ada..
kitaorang sembang trough social networks je la..
kali ni memang semua setuju dan tak ada protes2 dah..
sebab masing2 setuju hafiz menang.. Tahniah Hafiz (macam la hafiz baca kan)

berbalik kepada topik,
aku sekarang penganggur, atas sebab2 tertentu seperti dinyatakan
dalam post sebelum ini, jadi apakah yang aku buat mengisi hari2 aku?
makan,tidur,on9,tengok jobstreet, cari kerja, bukak email, tengok movie, makan balik, lepak
dan seangkatan dengannya.
aku dan kawan aku peah aka faezah (femes ko peah nama ko ada je dalam entry aku)
pelik ngan company nih, lambat sangat la nak respon..
kitaorang sangat dah bosan, kalau kerja biasa2 karang susah lak nk pergi interview bagai
nak mintak cuti semua tu. haih..
ni update blog sebab dah tak tau nak buat apa dah.. hanya menunggu panggilan
telefon dan perbalasan email sahaja.
aku harap semua irang berdoalah untuk kami semoga dapat kerja dalam
masa yang terdekat

amin.

Monday, January 23, 2012

Tough Month~

it's been a while i post something here.
well as u know the title is tough month and obviously i had an issue lately.
why i'm doing it in English? haha the answer is, i don't know.

okay2. back to the topic.
i already got a job before this, my LI company offered me to continue at there.
i'm so happy at first coz i love the staff, they like my old friends.
but,
after five days 1've work at there, they suddenly called me and said that
they had financial problem? i wonder why after i already work.
they cannot pay me, i have to quit.
they should told me earlier.
i'm sad, and angry at the same time.
i think everyone should feel angry, am i right?

Allah gave me challenge already although its only a few weeks after i'm finished my study.
Allah maha besar, and DIA maha adil.
i know, Allah already save the best for me.
it's not my destiny there maybe at other places.

i accept the fate, and now i'll try to move on.
"ini semua rencah kehiduan yang harus dilalui.
kalau tak, hilanglah keseronokan hidup bila tiada dugaan."
its make me become a better person.
and know what exactly i need when i faced all those challenges.


whatever it is,
i need to move on,
feel happy with my life.
coz i'm really blissful when i had my friends and family, and of course my love one,
that always support me. ALWAYS.
thanks love!

Friday, January 13, 2012

Everyone need exercise~

ehem ehem.
tetsing 1 2 3.
okay. hi!

motif? i don't know.
sekarang ni kalau kite pergi mana-mana je.
kita akan nampak semua perempuan-perempuan
kat malaysia ni. banyak yang obesiti. takpun tembam.
like me. oh no.
ni semua disebabkan oleh pemakanan kita yang paling utama.
tengok je la. contoh terdekat rumah aku.
drive tak sampai berapa kilometer aku boleh beli kfc,Mcd, Subway
dan sebagainya.
nasi lemak and all that jangan cakap la, jalan kaki secuit, makan sampai 3 bungkus.
apakah itu?
macam mana badan tak membesarkan.
ini termasuklah diri aku yang semakin tembam apabila duduk dirumah.
makanan depan mata. hoho

sebenarnya boleh je nak makan, cuma berpada-pada.
bukan hari-hari fast food.
dan yang paling penting senaman.
benda alah ni lah yang paling susah orang nak buat. aku pun sama jugak.
alasan tu banyak sangat kalau nak jogging ke hape ke.
just spent 30 minit setiap hari pun dah okay.
tapi itu pun still malas kan.
banyak je video kat youtube, kaedah-kaedah senaman kat internet dan sbgnya,
just rajinkan diri sahaja.
peringatan untuk diri aku yang tembam ni jugak.
sama-sama kita rajinkan diri okeyss.

isu-isu macam ni pun selebriti alami.
tak bermakna kita ada badan supermodel kita tak perlu bersenam kan
just see what happened to them.

supermodel pun alami isu ni


even singer yang top pun. 



Monday, January 9, 2012

After LI, then what?~

30hb disember maka tamatlah hidup aku sebagai Student
so, thats mean kwn2 aku yang Latihan Industrinye start bulan 7 makan
tamatlah segala2nya.
dah tamat kemudian?
oh semestinya report LI. Oleh kerana dah lama sangat tak buat report
aku, kwn aku dua orang iaitu reen dan peah, buat report ikut format sendiri.
aku ngan xde tajuk utama.
reen dengan selamba xde m/s kat table of figure.
peah huruf roman ganti huruf biasa.
hahaha nampak sangat la dah lupa semua benda alah tu.
kitaorang terkocoh-kocoh tukar format last minit then hantar je.
yang best kat UTeM bagi sesiapa yang tak tahu lagi,
jika anda ingin binding kat koperasi, please bersiap sedia dengan pengetahuan
untuk menggunakan mesin binding dan photostat.
semua adalah self services. sejak bila orang2 koperasi ni malas sangat tak tau la.

selesai benda alah berkaitan dengan report LI, aku dan kengkawan memulakan
percutian kami di Melaka. Sangat jimat. sebab kitaorg menumpang tidur kat rumah sewa lama.
nasib baik house people rumah tu sekarang sangat sporting. so, dengan muka yang agak selamba
kami tidur disitu dalam 4 hari 3 malam untuk aku manakala dua orang lagi 5 hari 4 malam.
bila dah berjumpa , mestila bergosip dan seangkatan dengannya.
lepasni dah susah nak jumpa kan. kalau nk jumpa pun masing nanti mesti dah lain la apa la.
antara aktiviti kami semasa disana adalah
-tengok wayang cerita The Darkest Hour.
-Makan-makan <-- ini adalah wajib sebab semua jenis perut kebulur.
-Pergi Banda Hilir <-- yang ni kitaorg exercise sikit, jenjalan tempat2 bersejarah then pergi makan
cendol , ABC , aiskrim.  menyihatkan tahu aktiviti ni.
- Lepak di Pantai Puteri. <-- paling best.
- Mandi(takdelah mandi sangat kan, rendam kaki je) dekat Air Panas Gadek<-- yang ni sekarang harga dia dah naik RM5 dibuka 24 jam.
selain itu aku juga sempat dating. hahah

Bila dah lama kat sana aku pun perlulah pulang ke kampung halaman ye dak.
takkan nak menumpang rumah orang je (alasan)
aku terpaksa balik dalam keadaan yang agak tergesa. well. kenapa? aku je yang tahu.
di sini saya, ingin mengucapkan terima kasih kepada kengkwan saya yang begitu happening semasa di Melaka.IsyaAllah kita akan jumpa lagi punye~~ (gaya dafi).

us
makcik yang snap pic ni sangat annoying. poyo. sombong. tapi cmne pun terima kasih la *pusing kepala* 

wanlee dan reen. sila perhatikan reen yang pakai tudung tu dari sekarang ye. each pic i mean.

motif? bunga-bunga cinta. 


mimi takleh lekang hp dari tgn dia. okey now perhatikan reen paling kanan. tgn dia ada peace. same dengan yang gambar atas.

aku pun tak faham motif gambar nih.

 
dah penat2 naik tangga ni masa senggang kesemputan snap pic la apa lagi.



cendol, ABC dan eskrem. takde gambar reen. ok fine. makan ni pun dah kenyang . haha jimat punya pasal. kitaorang berkongsi.

gambar poyo aku ala-ala model pantai kena letak dulu.wahahaha

cari apa ye kami. tak penah tengok pasir laut mungkin. 

hasil artwork wanlee suwanmani.

tangkap sendiri senang. takde makcik annoying. lawa gak hasil kan.kan.kan.?

thanks wanlee. 

sebenarnya banyak lagi gambar dorang ni tangkap. tapi tak sempat nk upload
sebab?
internet ku sangat-sangat laju *tangan kat dada mata ke atas*
maybe ada part 2. kita buat stail wordless.wahahah
sebab?
malas nak taip pepanjang macam entry ni. ni pun amek masa lama nak publish.
well see you soon. 
annyeoung!








Tuesday, January 3, 2012

An Early 2012 Part 2~

oh, baru je nak masuk 4 haribulan 12, 2012.
tapi aku dah experience masalah.
tak ada lah serius sangat but kalau melarat boleh jadi teruk.
kebelakangan ni aku sering tak jaga contact lense aku.
aku kurang tukar air dia.

dan padan dengan muka aku
aku kene iritated eyes.
hamek ko ayu.
malas lagi nak jaga kebersihan contact lense.

aku sangat risau bila kemerahan mata aku tak hilang selama dua hari
tak la teruk sangat merah dia tapi pelik la kan
ngapa tak hilang-hilang merah tu.
terus kul 11 lebih angkut mak aku pergi poliklinik
bila check naseb baik takde ape2 yang serius.
okay je.
tapi aku kena mahal la kan pasal poliklinik 24 jam.
harga memang cekik darah tapi ubat dia bagi sangat2 berkesan.
dah kurang dah merah kat mata aku.

hahah first time experience.
so, lepas ni memang aku akan rajin sesangat la nak tukar air setiap hari
jadi rajin seperti dahulu.
dah kena baru nak ubah kan.
apalah manusia ni. ahaha

so orang lain yang pakai lense,
silalah rajinkan diri jaga kebersihan lense anda.
okay~

An early 2012 ~

dah masuk 2012. Happy New Year Everyone.
btw, tak perlulah sambut. tak ada ape-ape yang special pun rasanya
nak sambut kedatangan 2012 ni.
tapi still aku rasa pelik sebab 2012 ini disambut.
okay bukan tu nak celoteh.

awal-awal 2012 ni, banyak fasa baru aku kena masuk
antaranya adalah,
aku sudah hampir ke penghujung Ijazah Sarjana Muda!
happy sangat dah tempuh alam pelajaran ni.
masa dulu aku xpernah terfikir akan belajar sampai ke Ijazah.
Bagi aku, diploma tu pun dah tinggi, tapi itu dulu.
sekarang aku ingin belajar lebih tinggi lagi
tapi apakan daya, terlau banyak hutang2 secara tidak langsung
perlu disetelkan .
jadi perlulah mencari duit.
dan Alhamdulillah Bos tempat praktikal aku sangat suka dengan
performance aku, so aku di offer untuk menjadi staff disitu.
Ya Allah, Terima Kasih dengan rezeki yang KAU limpahkan kepadaku.
Terima Kasih sekali lagi.

sekarang aku perlu persiapkan diri untuk menempuh alam baru
alam yang lebih mencabar dan perlu meningkatkan
lagi keimanan.
syaitan kan suka mensesatkan hati manusia.
haih.

Apa yang aku harapkan semuanya berjalan dengan lancar sahaja.